fb fb fb fb fb

Dasar baharu kos sara hidup akan diperincikan dalam Belanjawan 2024

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Dasar baharu bagi menangani isu kos sara hidup akan diperincikan dalam pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sentiasa komited mencari ikhtiar terbaik untuk mengurangkan beban kepada rakyat yang terkesan dengan senario ekonomi semasa.

Kerajaan juga aktif mencari jalan terbaik menangani isu berkenaan termasuk mengadakan beberapa siri perbincangan bersama negara jiran seperti Thailand.

"Nanti saya akan umum, kita akan ikhtiar sedaya upaya untuk mengurangkan beban pada rakyat miskin yang terkesan dengan senario ekonomi sekarang. Perbincangan kita turut bersama pimpinan dunia. Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan ke Malaysia untuk membincangkan isu kos sara hidup meningkat di Thailand dan Malaysia serta langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat di kedua-dua negara," kata Anwar di Dewan Rakyat di sini.

Srettha Thavisin dijadual tiba pagi esok untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 13 Oktober nanti di Dewan Rakyat.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu