fb fb fb fb fb

Bengkel MIV, tingkat literasi digital, ilmu penggunaan ICT secara berhemah

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 10 Oktober- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Malaysia ICT Volunteer (MIV) telah menganjurkan Bengkel MIV Bersama Sekolah 2023 Peringkat Negeri.

MCMC melalui kenyataan berkata usaha itu bagi meningkatkan literasi digital dan pengetahuan guru serta pelajar berkaitan penggunaan ICT secara berhemah.

Selain menggalakkan penggunaan ICT secara bertanggungjawab, bengkel-bengkel yang telah dianjurkan baru-baru ini mendedahkan para peserta tentang penggunaan ICT secara optimum.


(Bengkel MIV Bersama Sekolah 2023 Peringkat Negeri)

"Sesi perkongsian turut menyentuh tentang kaedah melindungi diri daripada menjadi mangsa ancaman dalam talian.

"Perkongsian ringkasan Modul termasuk ‘Impak Penggunaan ICT Terhadap Kesihatan’ dan ‘Penguatkuasaan Jenayah Siber di Malaysia", menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia juga turut terlibat sebagai rakan strategik program itu.

Sebanyak lima sesi bengkel telah dianjurkan di Kedah, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Terengganu yang telah menarik penyertaan sebanyak 218 orang wakil yang terdiri daripada Guru Penyelaras ICT, Guru Pendidikan Khas, serta para pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Media Baharu