fb fb fb fb fb

Dana khas filem pendek, perkasa karyawan muda

AMPANG, 23 Ogos - Seramai 29 Karyawan Muda terpilih bagi menerima Dana Khas Filem Pendek, membabitkan peruntukan berjumlah RM794,000 untuk tahun ini.

Manakala, 35 lagi dalam fasa akhir penilaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata insentif itu bagi memperkasa kemahiran serta keupayaan penggiat seni dalam menghasilkan karya berkualiti.

(Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim)

"Pembikin filem muda ini bukan semua ada duit pun, bukannya ada duit sendiri. Pembikin filem muda yang menerima ini lain sikit kriteria dia.

"Cara pemilihan pun ada berbeza sedikit sebab kita faham pembikin filem dalam kalangan muda ini mana hendak kumpul duit jadi, peluang ini kita bagi, pengecualian berbeza sikit berbanding daripada mereka yang berkemampuanlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) Dana Filem Pendek, di sini.

Tambahnya, FINAS akan mengikuti perkembangan projek syarikat yang terpilih dari semasa ke semasa bagi memastikannya disiapkan sesuai sasaran masa.

Pada Majlis tersebut, tujuh karyawan muda tempatan menerima surat SST bagi mewakili 29 individu yang terpilih.

Antaranya, Mohd Hairi Safwan dengan karya bertajuk 'Qarin', Lim Han Loong, Family Gathering, dan Lee Shi Min, Dad's Suit.

Media Baharu