KUALA TERENGGANU, 13 Mac- Seorang pengurus di sebuah jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kesĀ
kuasa.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Shukri bermula hari ini sehingga Ahad depan.
Tertuduh ditahan ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 4.50 petang semalam.
Tertuduh disyaki menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri melalui perolehan kerja pembaikan kenderaan jabatan sekitar tahun 2019 hingga 2022.
Terdahulu beliau yang berumur 44 tahun ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
(Suspek diiringi pegawai ketika tiba di kompleks mahkamah)