fb fb fb fb fb

Daerah Rembau kini popular dengan aktiviti Glamping

NEGERI SEMBILAN, 14 November- Selain sajian daging salai, daerah Rembau kini popular dengan aktiviti Glamping iaitu perkhemahan selesa dan mewah.

Terletak di Kampung Senama Hulu, destinasi tersebut menjadi tarikan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman bermalam di kawasan perkhemahan bersama keluarga.

Temuan Hills Glamping menawarkan beberapa pilihan khemah seperti khemah keluarga dan VIP.

Selain itu pelbagai aktiviti seperti menunggang ATV turut disediakan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke tempat rekreasi ini.

Pengunjung yang gemarkan aktiviti ATV boleh merasai pengalaman meredah hutan untuk sampai ke Jeram Peti yang mengambil masa hampir dua jam.

"Tercetus idea buat tempat ini kertika PKP. Kebetulan adik-beradik berkumpul tidak tahu hendak buat apa hendak nak berkebun asalnya,' kata pemilik Temuan Hills Glamping, Intan Diana Ujang

Bersantai sambil glamping dalam suasana malam pastinya memberi pengalaman percutian yang terindah untuk merehatkan minda orang ramai.

Trend Glamping semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia kerana kemudahan asas telah disediakan dan anda hanya perlu datang untuk menikmati persekitaran yang segar.

Laporan disediakan wartawan Vimala Kasturi Verasamy.

(Selain sajian daging salai, daerah Rembau kini popular dengan aktiviti Glamping iaitu
perkhemahan selesa dan mewah)

Media Baharu