fb fb fb fb fb

Rangkuman banjir di lima negeri

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 14 November- Seramai 2,955 orang dipindahkan di 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri.

Ia melibatkan Johor, Kelantan, Melaka, Selangor dan Perak.

Menurut portal infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 2,026 orang daripada 671 keluarga.

Mereka berlindung di lapan PPS di Pasir Mas.

Ini diikuti Johor dengan 472 orang daripada 111 keluarga.

Kesemuanya ditempatkan di sembilan PPS melibatkan Segamat, Kulai, Kluang, Pontian dan Tangkak.

(Foto fail)

Di Perak, 271 orang dipindahkan di tujuh PPS membabitkan Hilir Perak, Larut, Matang dan Selama, Kinta serta Kerian.

Di Selangor, 144 penduduk berlindung di empat PPS di Kuala Selangor.

Manakala, di Melaka seramai 42 orang masih berada di dua PPS di Alor Gajah.

Media Baharu