fb fb fb fb fb

Cuti pegawai dan anggota JBPM dihadkan

 


PUTRAJAYA, 24 Januari - Kelulusan cuti pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dihadkan kepada 20 peratus daripada keanggotaan negeri, zon dan balai.

Ini sebagai kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan khususnya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut 1 Februari ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, JBPM akan menempatkan anggota dan aset di 17 lokasi strategik sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan Pantai Timur dalam tempoh tersebut.

"Sebenarnya mereka tiada cuti, cuma kita akan izinkan kalau ada kes-kes kecemasan. Mereka ini dalam apa jua keadaaan , apabila berlaku sebarang insiden mereka akan kembali bertugas," kata Ismail selepas melancarkan Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Keselamatan Keluarga Malaysia, di IOI Mall.

 

Media Baharu