fb fb fb fb fb

67 kotak mercun dan bunga api bernilai RM87,000 dirampas PPM Johor

JOHOR BAHRU, 23 Januari - 67 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM87,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, 12.15 tengah malam tadi.

Rampasan dibuat menerusi Operasi Khas Sempena Tahun Baharu Cina di sebuah premis di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata seorang lelaki berusia 47 tahun, disyaki menyimpan mercun untuk pasaran tempatan juga ditahan.

"Serbuan dibuat selepas menerima maklumat orang awam berkenaan aktiviti tersebut," kata Zailani.

"Operasi berterusan akan dibuat bagi mengekang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang, terutamanya menjelang musim perayaan," tambahnya kepada RTM.

Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

 

Media Baharu