JOHOR BAHRU, 23 Januari - Barisan Nasional (BN) akan bergerak sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor ke-15.
Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad berkata kuasa bergerak solo itu akan diserah kepada pucuk pimpinan membuat keputusan.
Jelasnya, BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN.
"Bukan kuasa kita, perkara kerjasama parti akan ditentukan pucuk pimpinan di peringkat pusat, jadi sebagai parti di peringkat negeri, kita sudah cadangkan untuk bergerak secara Barisan Nasional, secara bersendirian, tetapi ia tertakluk," kata Hasni selepas merasmikan Penutup Program Taklimat Pilihanraya MIC Negeri Johor di Johor Bahru.
Sementara itu, jelas Datuk Hasni yang juga Menteri Besar Johor, BN akan membentangkan manifesto bertanggungjawab, supaya rakyat faham kerajaan yang dikehendaki seterusnya membentuk masa depan negeri.
Pada masa ini, manifesto bukan kunci untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya perlu ada garis panduan hala tuju kerajaan yang bakal dibentuk.