fb fb fb fb fb

Cukai: Individu, syarikat culas perlu disiasat

(Foto fb Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Cyberjaya, 6 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat individu atau syarikat yang cuba mencari helah untuk mengelak daripada membayar cukai.

Ini bagi memastikan mereka yang wajib membayar cukai tidak culas atau terlepas daripada tanggungjawab tersebut.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, tanpa mengira individu itu sahabatnya atau penyokongnya, LHDN wajib 'mengejar' mereka supaya menjelaskan cukai.


(Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Hasil Ke-27
di ibu pejabat LHDN/BERNAMA)

"Rakyat sama ada kecil atau maha kaya tunduk kepada hukum dan tidak terlepas daripada membayar cukai.

"Tanggungjawab LHDN memastikan orang atasan membayar cukai, kalau dapat dilaksanakan, saya percaya hasil kita akan terus meningkat lebih daripada prestasi yang cukup baik dicatatkan tahun lalu," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Hasil Ke-27 di Cyberjaya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua warga LHDN supaya tidak terjerumus dalam gejala rasuah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi.

Media Baharu