fb fb fb fb fb

CRM dan institusi penyelidikan kesihatan perlu perkasa kerjasama - PM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mei - Clinical Research Malaysia (CRM) perlu bekerjasama dengan institut penyelidikan kesihatan supaya kos perubatan tidak melambung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu juga penting bagi membentuk ekosistem bersepadu bagi meningkatkan keupayaan dan hasil penyelidikan. 
 
"CRM punya tugas besar dalam bidang penyelidikan dan ada sinergi dengan semua institusi penyelidikan. 

"Tidak ada satu institusi yang bekerja secara berasingan daripada semua institusi penyelidikan. Bermakna keberkesanan CRM itu mestilah seperti mana dilakukan dengan kerjasama semua institusi penyelidikan dalam negara dan universiti-universiti tempatan," katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Persidangan CRM Trial Connect 2025 di ibu negara.

Beliau turut memaklumkan, jaringan kerjasama antara institusi penyelidikan dan negara ASEAN boleh diperkukuh menerusi bidang penyelidikan klinikal.

Langkah itu dilihat mampu memperkukuh keupayaan penyelidikan serantau, berasaskan komitmen terhadap inovasi, kolaborasi dan kecemerlangan saintifik.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD