fb fb fb fb fb

Wakil negara buat persiapan terbaik di MTHQA ke-65

Aiman Ridhwan dan Muhammad Adib ditemui selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angakasapuri Kota Media

KUALA LUMPUR, 8 Mei - Dua peserta terbaik bakal membawa nama Malaysia ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang akan berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Johan Hafazan 30 Juzuk peringkat kebangsaan, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Kedah meluahkan rasa teruja dan berdebar menyertai pertandingan peringkat dunia buat kali pertama.

Katanya, beliau kini giat membuat persediaan termasuk bertalaqqi bersama rakan bagi menyemak ketepatan sebutan dan hafalan ayat-ayat al-Quran.

"Debaran tu memang terasa daripada sekarang... saya bertalaqqi dengan kawan saya, dia betulkan sebutan dan hafalan saya. Insya-Allah saya bersedia."

Sementara itu, Johan Tilawah al-Quran Kebangsaan, Aiman Ridhwan Mohamad Ramla berkata persiapan dibuat sepanjang tahun bagi memastikan kualiti bacaan termasuk kematangan taranum, tajwid dan sebutan huruf berada di tahap terbaik.

"Bukan persiapan saat akhir, tapi ambil masa bertahun. Saya sentiasa bersedia, insya-Allah."

MTHQA merupakan platform berprestij yang menghimpunkan qari dan qariah terbaik dari seluruh dunia.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI