fb fb fb fb fb

COVID-19: Tiga sekolah menengah berasrama beroperasi seperti biasa

AYER KEROH, 14 April- Operasi tiga sekolah menengah berasrama yang dikenal pasti kluster aktif COVID-19 di Melaka masih berjalan seperti biasa.

Ini walaupun membabitkan 226 kes positif dalam kalangan pelajarnya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata tiga kluster sektor pendidikan itu melibatkan Kluster Jalan Selandar, Kluster Jalan Sempang 20 Jasin 2 dan Kluster Lorong Bukit Piatu 15 2.

"Kluster Jalan Selandar melibatkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar membabitkan 64 kes, Kluster Jalan Sempang 20 Jasin 2 membabitkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghaffar Baba (72 kes) dan Kluster Lorong Bukit Piatu 15 2 iaitu Sekolah Menengah Teknik Melaka dengan 90 kes," katanya.

(Datuk Dr Rusdi Abd Rahman)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Op Hari Raya 2023, di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pelajar dihantar pulang ke rumah masing-masing untuk menjalani kuarantin hingga 10 Mei.

"Kita hantar mereka balik untuk kuarantin di rumah masing-masing supaya keadaan jadi terkawal. Buat masa ini tiada kes baharu," tambahnya.

Jabatan Kesihatan negeri akan terus melakukan pemantauan di sekolah-sekolah lain di negeri berkenaan.

Media Baharu