fb fb fb fb fb

COVID-19: SOP sedia ada kekal

PUTRAJAYA, 10 Januari - Prosedur Operasi Standard COVID-19 sedia ada, kekal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tujuh indikator situasi jangkitan semasa.

Ia termasuk jumlah kes harian yang semakin menurun.

Kadar kes import luar negara dilapor turut menurun iaitu antara tiga hingga empat kes dalam tempoh sebulan.


(Ketua Pengarah Kesihatan,
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)

"Kalau kes import atau pun lonjakan kes berlaku, kes-kes import. Kedua, kalau ada varian baharu yang dikesan iaitu selain dari Omicron bukan dari Omicron 'subtype' ataupun kalau ada peningkatan di klinik sentinen.

"Kita ada 18 hospital yang menggunakan klinik sentinen sebagai satu surveilan dan kalau ada lonjakan kes kita akan ambil tindakan dan juga pengesanan varian baharu daripada sampel, contohnya daripada air kumbahan dan sebagainya", katanya.

Antara indikator lain yang diteliti termasuklah, penggunaan fasiliti kesihatan seperti katil di hospital yang dilapor menurun dan kekal 20 peratus setakat ini.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Libat Urus bersama Media di Putrajaya.

Media Baharu