fb fb fb fb fb

COVID-19: Pengambilan dos penggalak kedua meningkat

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 10 Januari- Kementerian Kesihatan memaklumkan trend pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan seluruh negara meningkat sejak dua minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan perkara yang positif meskipun mengakui pengambilan dos penggalak kedua itu sedikit hambar berbanding dos penggalak pertama.

Beliau turut menyarankan masyarakat untuk mengambil suntikan penggalak COVID-19, susulan keberkesanan perlindungan dilapor berkurangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.


(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)

"Kita juga menggalakkan dos pengalak. Data menunjukkan dos pertama dan kedua ini memberi perlindungan kalau mengikut masa ketahanan akan menurun dalam tempoh masa khasnya bagi yang berisiko tinggi", katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di sini.

Setakat semalam, 49.9 peratus individu selesai mengambil suntikan dos penggalak pertama COVID-19 manakala, hanya, 2.1 peratus selesai mengambil suntikan dos penggalak kedua.

Media Baharu