fb fb fb fb fb

COVID-19 belum berakhir, rakyat perlu terus patuh SOP

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Meski negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik, namun penularan wabak COVID-19 masih belum berakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masyarakat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu COVID-19 dalam beberapa bulan akan datang.

Jelasnya, perkara itu bukan untuk menimbulkan panik dalam kalangan rakyat tetapi sebagai langkah pencegahan bagi membendung jangkitan wabak tersebut.

Menurut beliau, selagi sistem penjagaan kesihatan Malaysia tidak terjejas, ia akan dapat berfungsi secara optimum dalam menangani kes baharu bagi menjaga kesihatan rakyat.

"Langkah-langkah pencegahan kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka wajar diteruskan selain kekal patuh Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kerajaan sudah merangka pelbagai pelan untuk menangani kemungkinan berlakunya lonjakan kes pada masa hadapan," katanya ketika berucap merasmikan Simposium Antarabangsa Sains Kesihatan ke-13 (I-Sihat 2022) secara maya.

(Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berucap merasmikan Simposium Antarabangsa Sains Kesihatan ke-13 secara maya)

Tambah Tan Sri Dr. Noor Hisham, simposium berkenaan merupakan inisiatif terbaik mencari solusi kesinambungan hidup bersama virus COVID-19.

Media Baharu