fb fb fb fb fb

Citra Belia Hari Malaysia Labuan, martabatkan budaya, seni

LABUAN, 17 September- Penganjuran Citra Belia Hari Malaysia bersempena sambutan Hari Malaysia 2023 di Labuan memartabatkan kebudayaan dan kesenian dengan menampilkan persembahan seni tari dan seni mempertahankan diri.

Ia melibatkan 12 kumpulan membabitkan 300 peserta yang majoritinya golongan belia pelbagai persatuan dan kelab.

Program dianjurkan bersama Majlis Belia Labuan dan Perbadanan Labuan.


(Foto BES Labuan)

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, menyeru agar warga Labuan terus menjaga perpaduan dan kesejahteraan.
 
Sambutan ini menjadi wadah menyerlahkan semangat cintakan tanah air dan saling mengasihi sesama warga.
 
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah pertandingan Karnival Sukan Rakyat, persembahan artis jemputan serta majlis menaikkan Jalur Gemilang.

 

Media Baharu