KUALA LUMPUR, 3 Disember- Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Mendiang yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri dilaporkan menghidap penyakit jantung.
Khabar pemergiannya mula dikongsi pengguna media sosial termasuk beberapa pemimpin negara antaranya Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Mendiang merupakan menteri kesihatan paling lama berkhidmat iaitu dari 1995 hingga 2004.
Chua aktif dalam politik bersama Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1976 dan menjadi Ahli Parlimen Bakri selama lima penggal dari 1986 hingga 2004.
Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan bertanding di Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).