fb fb fb fb fb

Cegah Aedes, sasar tempat kerja warga asing

FOTO FAIL

HULU TERENGGANU, 5 September - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sentiasa mengambil langkah proaktif mencegah penularan penyakit menerusi Operasi Cakna Penguatkuasaan Undang Undang Kesihatan Awam yang turut menyasarkan tempat kerja warga asing melalui Ops Ugat-Ugat di negeri itu.

Menerusinya, sebanyak 280 premis tapak binaan telah diperiksa dan 34 tawaran kompaun bawah sekysen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarkan dengan nilai RM17,000 dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2020.
 
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Kasemani Embong berkata, selain itu sebanyak 21 notis seksyen 8 akta sama dikeluarkan bagi arahan kerja-kerja pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes di tapak binaan.   
 
Sementara itu, hingga Ogos lalu sebanyak 128 operasi dilaksanakan dan lebih 152,000 premis diperiksa melibatkan tempat pembiakan Aedes.
 
Daripada jumlah itu, 897 kesalahan tawaran kompaun dikeluarkan dengan nilai RM447,500.
 
"Sebenarnya fokus kita adalah bagi melihat kepada kawalan pencegahan penyakit berjangkit yang boleh terjadi di tapak tapak bina seperti pencegahan denggi, malaria dan laptosporasis," kata Kasemani.
 
Terdahulu beliau hadir merasmikan Majlis Penutup Ops Cakna Penguatkuasaan Undang Undang Kesihatan Awam Siri 5/2024 peringkat negeri Terengganu di Hulu Terengganu.
 
Selain memberi fokus kepada Ops Ugat Ugat, JKNT turut melaksanakan Op Kedai Kite dan Ops Gomo Asap.
 
Sebanyak 140 premis diperiksa sepanjang dua hari Ops dilaksanakan di Hulu Terengganu dengan 83 notis kesalahan dikeluarkan melibatkan nilai RM19,700 .

TETITIA YUSOFF