fb fb fb fb fb

100 laluan khas untuk PALAPES universiti awam sertai ATM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

TANJUNG MALIM, 5 September - Bermula tahun hadapan sebanyak 100 laluan khas akan disediakan kepada graduan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti awam yang mahu menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ATM memerlukan PALAPES memandangkan pasukan itu memahami dan berminat dengan teknologi, sekali gus memenuhi keperluan khususnya berkaitan sekuriti siber.  

"Penyertaan mereka dalam PALAPES ini yang mendedahkan mereka kepada dunia pertahanan dan ketenteraan tidak terhenti setakat itu, bersandarkan kepada ancaman bukan tradisional kepada cabaran yang kita hadapi kepada soal kemajuan teknologi.

"Kita memang perlukan anggota-anggota dalam ATM kita, pegawai-pegawai yang memiliki pelbagai latar belakang ilmu," kata Khaled dalam sidang media pada program Executive Lecture Menteri Pertahanan bersama-sama PALAPES Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini.

Pihaknya juga akan mempertimbang cadangan menebus sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) graduan terlibat.

Ketika ini terdapat kira-kira 2,600 anggota PALAPES di 20 universiti awam seluruh negara.

TETITIA YUSOFF