fb fb fb fb fb

CDERT RTM, kearah pelaporan berita bencana lebih pantas dan tepat


GEORGE TOWN, 6 Februari - Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang untuk mewujudkan Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT).

Kolaborasi bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu bagi memastikan berita bencana dapat dilaporkan dengan pantas dan tepat.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud berkata, pihaknya sudah pun berhubung dengan APM Wilayah Persekutuan bagi menyatakan hasrat itu.

Dan kerjasama berkenaan akan diperluaskan ke peringkat negeri-negeri.

"Kita wujud CDERT RTM jadi CDERT RTM ni akan berada di lokasi bersama agensi tersebut. Pada masa sama kita juga ahli atau pun ahli sukarelawan APM dan pada masa sama kita juga pelapor dan penyampai berita, jadi kita dapat maklumat di lokasi tersebut yang mana tempat-tempat tertentu yang orang tidak boleh masuk kita boleh masuk sebab kita juga anggota APM," kata Che Roslan selepas mengadakan lawatan kerja di RTM di sini.

Tambahnya inisiatif baharu ini akan dapat menjadikan RTM sebagai medium penyampaian yang terus gah dan relevan selaras dengan peredaran berteknologi yang mahukan berita lebih pantas dan sahih.

Pada lawatan tersebut beliau turut meluangkan masa selama 20 minit dalam slot Radio Malaysia Pulau Pinang (MutiaraFM).

 

Media Baharu