fb fb fb fb fb

CDERT RTM Johor, 70 anggota tamat Latihan Asas Kecemasan dan Pengurusan Bencana

JOHOR BAHRU, 31 Oktober- Seramai 70 warga Jabatan Penyiaran Johor tamat Latihan Asas Kecemasan dan Pengurusan Bencana Pasukan CDERT RTM Johor.

Latihan asas selama 16 jam yang dilaksanakan dua hari bermula semalam, merupakan syarat utama yang perlu dipenuhi setiap anggota bagi melayakkan mereka mendapat sijil dan diiktiraf sebagai Anggota Pertahanan Awam Malaysia.

Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran Johor, Ramlee Johari latihan itu membolehkan warga RTM Johor melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan semasa kecemasan atau bencana yang berlaku di tempat kerja.

"Saya mengharapkan apa yang kita bincangkan, kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Selain dapat membantu meringankan beban ditanggung Angkatan Pertahanan Awam (APM), kita juga boleh mendapat manfaat daripadanya," kata Ramlee, di sini hari ini.

(Ramlee Johari)

"Pihak RTM dan APM Johor juga boleh terlibat secara langsung dalam semua tugas-tugas pengoperasian kita di lapangan.

"Walaupun tidak secara kepada tugas-tugas menyelamat tetapi lebih kepada tugas memberikan bantuan, khususnya di pusat pemindahan sementara," menurut Timbalan Pengarah APM Johor, Left. Kol. (PA) Rohaizat Hadli.

(Left. Kol. (PA) Rohaizat Hadli)

Jabatan Penyiaran Johor merancang mengadakan latihan lanjutan selama 148 jam setahun, tahun depan.

Selain bercadang menubuhkan Pasukan Khas Penyelamat di Air dan Skuba yang terdiri daripada sembilan warga RTM Johor yang sudah mempunyai lesen selam skuba.

Media Baharu