fb fb fb fb fb

CDERT Keluarga Malaysia RTM dilancarkan

KUALA LUMPUR, 1 April- Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia warga RTM dilancarkan hari ini.

Kolaborasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu dapat membantu penyampaian laporan bencana yang sahih dengan pantas, kata Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud.

"Jadi maklumat apabila pegawai-2 kita dilantik dalam CDERT ini, pegawai persekutu kita akan bersama-sama dengan APM menggunakan aset-aset yang ada di APM bersama-sama di lokasi kejadian dan kita melaporkan. APM bertugas untuk mencari dan menyelamat dan kita akan melapor maklumat yang tepat daripada lapangan. Itu dia punya objektif utama".

Ia selaras dengan sahutan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menyampaikan berita yang cepat, tepat dan sahih.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri pada pagi tadi.

Di samping itu, Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed yang turut menjadi tetamu program tersebut, berkata kerjasama ini dapat membantu orang awam untuk mendapat maklumat sahih dan mengambil tindakan awal.

"Ada musibah di luar negara ataupun musibah yang orang kata telah berlalu lama, diulang cerita. Jadi perkara-perkara tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam ataupun mungkin menimbul rasa panik. Jadi perkara ini, Apabila RTM bersama-sama dengan APM meyebarkan atau menyampaikan maklumat yang tepat, maka orang awam mendapat maklumat-maklumat yang sahih la,"kata Aminurrahim.

Tambah beliau pasukan CDERT RTM akan diberi latihan asas mengenai keselamatan diri supaya dapat melancarkan tugasan di lokasi bencana.


(Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud dan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyempurnakan acara pemakaian pangkat dan penyerahan watikah pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kepada personaliti RTM, Ivan Toh)

Media Baharu