fb fb fb fb fb

KDN usul pelanjutan Subsyeksyen 4(5) SOSMA

PUTRAJAYA, 1 April- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan agar usul pelanjutan Subsyeksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA dibentangkan dalam Sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Jelas menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ianya perlu diputuskan sebelum tempoh tamat kuatkuasa Subsyeksyen 4(5) yang akan berakhir pada 31 Julai ini.

"Sehubungan itu KDN mencadangkan agar usul ini akan dapat kita lanjutkan semula iaitu Subsyeksyen 4(5) dibentangkan sekali lagi InsyaAllah sebelum 31 Julai nanti.

"Kita akan berbincang semula dengan kedua-dua speker samada Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara untuk menentukan macam mana cara kita lakukan ini semula," kata Hamzah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sesi libat urus bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan Akta Sosma di Putrajaya.

Terdahulu, Datuk Seri Hamzah telah menerima memorandum sokongan terhadap pelanjutan tempoh kuasa Subsyeksyen 4(5) SOSMA 2012 yang diserahkan oleh 10 NGO dan beberapa orang tokoh masyarakat.

Ia terdiri daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Majlis Perundangan Melayu (MPM) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM).


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin)

 

Media Baharu