fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis santuni mangsa ribut Arau

ARAU, 1 April- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni mangsa ribut di sekitar kawasan Arau, petang semalam.

Baginda yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menyampaikan sumbangan MAIPs berjumlah RM44,100 untuk 13 mangsa terlibat dengan kerosakan antara nilai RM400 hingga RM10,000 bergantung kepada jumlah kerosakan rumah yang dialami.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang Rabu itu, sebanyak 21 buah rumah terlibat merangkumi kariah sekitar kawasan Arau iaitu Jejawi Sungai Adam, Kubang Gajah, Alor Ara, Guar Gajah, Kota Raja Arau, Jelempok dan Sena.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, pihaknya telah mengatur gerak lapangan untuk melaksanakan taksiran kerugian dan turut mengadakan penyelarasan bersama agensi-agensi berwajib lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama mangsa ribut di Arau) 

Media Baharu