fb fb fb fb fb

Capaian internet di kawasan pelacongan perlu ditingkatkan

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap padaProgram
Kembara Media 2023 di Gamuda Cove, Banting / BERNAMA )

BANTING, 9 Mei- Capaian liputan internet di kawasan pelancongan perlu diberi perhatian oleh syarikat pengendali perkhidmatan telekomunikasi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perkara itu harus diberi perhatian bagi memastikan pengguna menikmati perkhidmatan setimpal dengan kos langganan yang dibayar kepada syarikat telekomunikasi.

Jelasnya, beliau mahu capaian internet dicapai bukan hanya di sesetengah kawasan, malah secara menyeluruh di lokasi yang dikunjungi pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

“Di pihak kementerian, apa yang kita sedang usahakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ialah memberi satu penegasan kepada syarikat telco bahawa tidak boleh lagi ‘business as usual’ sebab kita bayar mahal perkhidmatan itu untuk seluruh negara tapi di satu satu kawasan tidak ada perkhidmatan itu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ramah mesra Program Kembara Media 2023 di Gamuda Cove, Banting.

Program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Malaysia selama empat hari bermula hari ini disertai 22 pengamal media bertujuan menyusuri keindahan serta landskap pelancongan yang terdapat di Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau melihat penganjuran sedemikian sebagai medium untuk pengamal media membuat laporan mengenai masalah capaian internet di sesuatu kawasan yang dikunjungi sekali gus dapat memberi kesedaran kepada pihak penyedia perkhidmatan terbabit untuk mengambil tindakan proaktif dalam menangani isu berkenaan.


(Fahm Fadzil bercakap kepada media selepas sesi ramah
mesra Program Kembara Media 2023 di Gamuda Cove, Banting)

Media Baharu