fb fb fb fb fb

Anak seni perlu diberi kebebasan berkarya- PM

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Anak seni perlu diberikan ruang serta kebebasan dalam berkarya demi memperoleh hasil kualiti produk bermutu tinggi.

Demikian luah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menonton filem biografi 'Anwar The Untold Story'.

“Ini hasil seni, daya cipta yang kreativiti itu harus ada kita berikan ruang agak bebas, jadi kadang ada tersinggung dan kritikan selepas itu, saya tidak bercadang untuk sunting kembali jadi saya percaya tentang pembikinan filem atau pun hasil kreatif harus diberikan sedikit ruang kebebasan.

“Saya setuju pendekatan baharu FINAS supaya ada budi bicara tapi prinsip seni harus lebih bebas untuk memastikan kreativiti itu tercungkil,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tayangan perdana filem tersebut di ibu negara malam tadi.

Mengulas mengenai filem “Anwar: The Untold Story”, Datuk Seri Anwar menyifatkan hasil karya sutradara dari Indonesia itu sebagai pintar dan hebat kerana mampu menggarap penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berharap agar filem berkenaan mampu menangkis semua persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap Anwar.

Filem yang menelan kos RM10 juta itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini.

Filem berlatarkan masa antara 1993 dan 1998 itu, menceritakan mengenai perjalanan hidup Datuk Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.


(Perdana Menteri ketika tiba di Pawagam Dadi Cinema Pavilion)

Media Baharu