fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara fokus

(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir)

LABUAN BAJO, 9 Mei- Pelan hala tuju penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN dan isu krisis Mynmar antara yang akan menjadi fokus dalam Sidang Kemuncak Asean ke 42 yang bermula hari ini di Labuan Bajo, Indonesia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sidang kemuncak itu juga turut membincangkan isu-isu semasa lain yang menyentuh kepentingan bersama dan memberi impak kepada rantau ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual tiba di sidang kemuncak itu petang ini.

Ia merupakan penampilan sulung beliau ke mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin Asean selaku perdana menteri.

"Sidang kemuncak selama dua hari yang akan mempertemukan semua pemimpin Asean ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjasama Asean, kemantapan Asean dan juga melihat isu-isu rantau yang perlu ditangani secara bersama dan ini juga melibatkan isu negara-negara yang memerlukan bantuan ataupun negara yang sedang menghadapi masalah seperti Mynmar dan sebagainya.

"Kita jangkakan hasil pertemuan di peringkat tertinggi ini akan dikeluarkan kenyataan bersama dan akan ada kenyataan yang baik dalam usaha kita membentuk komuniti Asean apa yang dipanggil Asean Central ini dan Asean sebagai pasak pertumbuhan yang dibina melalui sekarang dan masa depan,"kata Datuk Seri Dr Zambry.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas tentang Sidang Kemuncak Asean tersebut di Labuan Bajo, Indonesia.

Sepanjang berada di Labuan Bajo, Perdana Menteri turut mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP-EAGA) dan juga menghadiri Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). 

Selain itu, beliau juga akan menghadiri empat sesi pertemuan dengan wakil-wakil Belia, Parlimen dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN.


(Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung di Labuan Bajo, Indonesia sehingga Khamis ini)

Media Baharu