KUALA TERENGGANU, 29 Julai- Polis Terengganu memberi amaran kepada semua parti dan calon bertanding di negeri tersebut agar tidak menyentuh isu perkauman, agama dan institusi diraja (3R).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba menyentuh isu 3R itu.
"Kita berharap calon-calon atau mana-mana parti politik ketika berkempen tidak menjadikan isu 3R dalam ucapan mereka yang boleh menimbulkan provokasi atau menjejaskan ketenteraman.
"Calon-calon juga perlu mematuhi peraturan serta mendapatkan permit untuk berkempen supaya Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berjalan lancar pada 12 Ogos ini," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon bagi Parlimen Kuala Terengganu di sini.
Sebanyak tiga lokasi panas cenderung berlaku pertengkaran fizikal antara penyokong parti dikenal pasti.
Ini melibatkan Batu Enam, Batu Buruk, Wakaf Mempelam dan Kedai Buluh.
(Sebanyak tiga lokasi panas cenderung berlaku pertengkaran fizikal antara
penyokong parti dikenal pasti.)