fb fb fb fb fb

Cakna situasi rakyat, Agong tidak ambil gaji sejak COVID-19 melanda negara - PM

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 14 Disember- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah lebih awal tidak mengambil gaji, iaitu sejak COVID-19 melanda negara.

Akui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Seri Paduka Baginda cakna dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

"Saya nak umumkan bahawa Tuanku Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah menolak gaji sejak COVID-19, lebih awal daripada saya.

"Baginda tidak menerima sebarang gaji daripada kerajaan sejak COVID-19, jadi saya ingat eloklah kita berikan penjelasan ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah/Foto fail BERNAMA)

Anwar sebelum ini menetapkan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri sebagai langkah memulihkan keyakinan rakyat terutama terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Jemaah Menteri turut bersetuju melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Media Baharu