fb fb fb fb fb

Cakna kepelbagaian situasi dan cabaran semasa - Amirudin

GOMBAK, 11 Jun - Pimpinan belia di Selangor perlu mempunyai keberanian dan kekuatan untuk menyuarakan pandangan dan iltizam dalam menentukan masa depan mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Mereka juga harus cakna dengan kepelbagaian situasi dan cabaran semasa dalam mendekati pelbagai kelompok belia.

Amirudin berkata, pimpinan belia pada masa kini tidak boleh menjadi pemimpin yang hanya mengikut acuan atau situasi yang dicipta orang lain.

"Saya telah menyampaikan beberapa cabaran penting yang harus ditangani oleh pihak pimpinan- pimpinan belia khususnya dalam menangani cabaran terkini sama ada cabaran diperingkat kerajaan dan juga cabaran untuk memastikan keterhubungan antara kelompok-kelompok anak muda dan belia yang sangat rencam dan lebih rencam berbanding zaman-zaman sebelum ini. 

"Sebab itu saya mengarahkan cabaran itu supaya pimpinan belia mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mempunyai iltizam untuk menentukan masa depan mereka," kata Amirudin selepas majlis sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

(Datuk Seri Amirudin Shari)

Media Baharu