fb fb fb fb fb

Cadangan Sarawak ambil alih Pelabuhan Bintulu dimuktamad dalam masa terdekat

(FOTO FAIL)

PUTRAJAYA, 18 Julai - Cadangan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya sedang memperhalusi beberapa aspek teknikal berhubung perkara itu termasuk dari sudut perundangan, kewangan dan sumber manusia.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / FOTO BERNAMA)

"Kita perlu berbincang dan berunding dari sudut kewangan. Berapa banyak pampasan perlu dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, juga proses perundangan terlibat dalam pengambilalihan ini dan juga aspek sumber manusia kerana semua pekerja di bawah Lembaga Pelabuhan Bintulu merupakan pekerja agensi persekutuan dibawah undang-undang," kata Fadillah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), di sini.

Tambah Fadillah, berbeza daripada pelabuhan lain yang merupakan entiti di bawah seliaan kerajaan negeri, Pelabuhan Bintulu dimiliki kerajaan Persekutuan atas dasar kedudukan strategiknya sebagai kluster minyak dan gas.

Media Baharu