fb fb fb fb fb

Suruhanjaya Sekuriti kemas kini senarai peringatan pelabur

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya dengan menambah lima entiti klon berpotensi dan dua laman web tanpa kebenaran.

Pengawal selia itu berkata entiti klon berpotensi itu ialah W-I-A Invest (615), HSBC Bank Investment 24, Tengku Idris FX, uobtrade dan Infinity Prosper Sdn Bhd.

(FOTO HIASAN)

Manakala dua laman web tanpa kebenaran itu ialah Tung Tak dan Malaysia Money Changer

"Sentiasa semak dahulu sebelum melabur," kata SC menerusi hantaran di laman media sosialnya.

Butiran terperinci mengenai pelaburan yang tidak dibenarkan boleh disemak menerusi laman web rasmi SC di www.sc.com.my/investor-alert.

Media Baharu