Cadangan potongan cukai jalan kenderaan diesel belum dimuktamadkan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah/Foto RTM

BUKIT JAMBUL, 8 Jun – Sebarang keputusan berhubung cadangan pengurangan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel hanya akan dimuktamadkan selepas dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Pengangkutan belum mengumumkan sebarang ketetapan mengenai cadangan itu.
  • Keputusan bergantung kepada perbincangan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
  • Mesyuarat MTEN diadakan setiap hari Selasa sebelum sebarang keputusan dibuat.
  • Kenyataan dibuat selepas beliau merasmikan International Rail Transit Forum 2026; hampir 300 peserta tempatan dan luar negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) belum dapat mengumumkan sebarang ketetapan berhubung perkara itu buat masa ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini mengenai cadangan pengurangan kadar cukai jalan susulan penyesuaian harga bahan api tersebut.

“Kita perlu menunggu mesyuarat MTEN yang diadakan setiap hari Selasa sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

“Semua ini tidak boleh diumumkan terlebih dahulu kerana ia bergantung kepada keputusan MTEN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Rail Transit Forum 2026 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Hampir 300 peserta tempatan dan luar negara menyertai forum berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.