(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 21 September- Cadangan memulakan penanaman legume dibuat dalam usaha mengurangkan kos import makanan ayam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah dibawa untuk perbincangan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan penggunaan tanah negeri.
"Cadangan wujud smart partnership bersama-sama Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga dipersetujui bagi memastikan harga dan bekalan ayam sentiasa stabil.
"Harga pasaran dan bekalan ayam dalam negara stabil di peringkat borong dan runcit.
"Kos input makanan ternakan juga menunjukkan trend penurunan, sekali gus mengurangkan kos input pengeluaran ayam.
"Kerajaan membelanjakan RM3.772 bilion subsidi ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan ayam, harga dan telur ayam kekal stabil dari tahun 2022 hingga 2023," kata Ahmad Zahid menerusi kenyataan.
Dalam pada itu, KPDN dan KPKM akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan berkaitan seperti OP Beras, OP Jamin dan OP Beras Putih Tempatan (OBPT) secara bersama sejak ia bermula pada 7 Julai 2023.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 5 bagi tahun 2023, memutuskan menggunakan Beras Putih Import (BPI) dijual dengan harga borong (RM3,200 per tan metrik).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata beliau telah mengarahkan penguatkuasaan bersepadu melalui OP Jamin diteruskan dan kekurangan bekalan dapat diatasi segera dan dipulihkan.
(Foto BERNAMA)