PETALING JAYA, 7 Oktober - Pendirian Malaysia berhubung cadangan pelan damai Gaza yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS), antara perkara dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beberapa isu dasar, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan persiapan Belanjawan 2026, turut dibentangkan.
“Pertemuan dengan Majlis Raja-Raja adalah bagi membentangkan perkembangan semasa termasuk lawatan pemimpin dunia, hujung bulan ini pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
“Selain itu juga mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,” katanya selepas merasmikan pembukaan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan, di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat ditiadakan susulan Datuk Seri Anwar dititah oleh Majlis Raja-Raja untuk hadir ke Istana Negara.