fb fb fb fb fb

Lawatan PM Pakistan ke Malaysia perkukuh keakraban dua negara

FOTO FB ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin, berasaskan saling menghormati dan kepercayaan antara kedua-dua negara bersahabat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Shehbaz dan delegasi beliau atas lawatan rasmi ke negara ini.

"Ia turut membuka ruang baharu dalam memperkukuh kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan dan pertahanan, demi kemakmuran, keamanan serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Pakistan berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM