Cadangan Hari Veteran ATM dibawa ke Jemaah Menteri

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto Facebook Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Cadangan mewujudkan Hari Veteran akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan Hari Veteran sebagai platform rasmi untuk memastikan jasa dan pengorbanan pesara ATM terus dikenang dan dihargai.
  • Usaha ini bertujuan menyemarakkan hubungan antara veteran dengan masyarakat melalui pengiktirafan formal.
  • Kerajaan akan memastikan syarikat industri pertahanan membuka peluang pekerjaan kepada veteran bagi terus menyumbang kepakaran.
  • Kutipan Tabung Pahlawan meningkat kepada RM4.5 juta, hampir mencapai sasaran RM5 juta, mencerminkan kesedaran masyarakat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sambutan Hari Veteran itu akan menjadi platform rasmi mengeratkan hubungan antara veteran ATM dan masyarakat.

“Melalui sambutan Hari Veteran, kita mahu memastikan jasa dan pengorbanan mereka terus dikenang, di samping menyemarakkan hubungan antara veteran dengan masyarakat.

“Ia akan jadi satu usaha formal dan merupakan jaminan kerajaan untuk tidak melupakan sumbangan dan jasa pesara ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara Ke-100 Persatuan Veteran ATM di sini.

Datuk Seri Khaled turut menegaskan kerajaan akan memastikan syarikat dalam industri pertahanan membuka peluang pekerjaan kepada veteran ATM bagi memastikan mereka terus menyumbang kepakaran dan pengalaman selepas menamatkan perkhidmatan.

Dalam pada itu, kutipan Tabung Pahlawan menunjukkan peningkatan positif apabila mencecah RM4.5 juta, menghampiri sasaran RM5 juta.

Jumlah itu meningkat berbanding RM1.3 juta yang dikutip pada 2024, sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap jasa dan pengorbanan veteran ATM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.