fb fb fb fb fb

Cadangan hadkan tempoh jawatan Menteri Besar akan dibincangkan

Foto Facebook Menteri Besar

Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan bercadang untuk menghadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, perkara itu perlu dibincangkan secara terperinci agar semua pihak faham dan bersetuju dengan cadangan tersebut. 

"Jika hendak laksanakan, perlu perbincangan agar semua negeri boleh lakukan," ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Negeri, Seremban. 

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah membawa usul bagi melaksanakan langkah menghadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal pada persidangan DUN Disember 2021, namun tidak diluluskan apabila tidak mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.

Trainee2