fb fb fb fb fb

Amaran Ribut Tropika: Hujan lebat, angin kencang dijangka hingga 29 November

Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 27 November -Amaran ribut tropika Senyar dikesan di utara Sumatera yang berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak dan sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 km/j.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, ia berpotensi membawa hujan lebat, angin kencang dikeluarkan di negeri barat dan tengah Semenanjung bermula hari ini hingga 29 November.

Situasi itu dijangka berlaku di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.

TETITIA YUSOFF