fb fb fb fb fb

Bunga Raya simbolik logo Kepengerusian ASEAN 2025

Logo rasmi Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dicipta oleh Muhamad Khalis Syafiq Mohamad Nasir/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Logo rasmi Kepengerusian ASEAN 2025 yang dilancarkan hari ini membawa simbolisme mendalam, diilhamkan daripada Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia.

Berikut adalah maksud bagi setiap lambang logo Kepengerusian ASEAN 2025:

Representasi Budaya
Logo ini diilhamkan daripada Bunga Raya (hibiscus rosa-sinensis) yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia dan juga boleh ditemui di semua negara anggota ASEAN. Bunga ini melambangkan kekayaan budaya, perpaduan dan identiti rantau ini.

Warna logo
Warna yang digunakan di dalam logo (biru, merah, kuning dan putih) mewakili warna-warna utama bendera kesemua negara anggota ASEAN.

Naratif Malaysia MADANI
Stigma bunga yang menghala ke kanan melambangkan Malaysia sebagai Pengerusi yang memacu ASEAN ke hadapan. Enam (6) nilai teras Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan diwakili oleh enam (6) titik di hujung stigma bunga tersebut. Nilai-nilai ini berfungsi sebagai asas visi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

Lambang Keterangkuman
Lengkungan lima buah kelopak ke dalam yang mengelilingi logo ASEAN mencerminkan keterangkuman yang memperkukuh visi Malaysia untuk rantau ASEAN yang aman, stabil dan makmur

Lambang Kemampanan
Bunga Raya melambangkan biodiversiti yang kaya di rantau ini, mewakili iltizam ASEAN ke arah kemampanan,. Pergerakn bulatna kelopak bunga mengelilingi logo ASEAN menunjukan usaha kolektif ASEAN untuk mencapai kemampanan jangka panjang rantau ini dan rakyatnya.

Lambang Kepusatan ASEAN
Logo ASEAN yang berada di tengah melambangkan kepusatan ASEAN

Logo dan tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan,” telah diperkenalkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane, Lao PDR, pada 11 Oktober lalu.

 

2210 LOGO ASEAN 2Logo rasmi Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 

GRACE AISYAH KEDAYAN