fb fb fb fb fb

Buli doktor pelatih, senarai nama turut melibatkan doktor pakar

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 12 Mei - Kementerian Kesihatan telah menerima senarai nama doktor yang didakwa sebagai pembuli di Hospital Pulau Pinang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kesemua individu terlibat akan disiasat dan dipanggil bagi mengesahkan dakwaan terbabit.

Pihaknya juga turut menerima banyak aduan berhubung amalan membuli doktor pelatih melibatkan doktor pakar di hospital.

Kesemua laporan dan tuduhan tersebut akan diteliti oleh Unit Integriti KKM dan sebuah pasukan petugas khas bebas yang akan ditubuhkan.

(Khairy ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di Putrajaya)

"Bila kita hendak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, ia mesti melalui siasatan yang terperinci yang betul, ia tidak boleh dibuat melalui media sosial sahaja walaupun saya anggap tuduhan ini semua serius.

"Tapi sebagai Menteri saya tak boleh ambik tindakan atas tuduhan di media sosial mesti melalui proses siasatan yang telus dan yang betul," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa, di sini.

Tambah Khairy, laporan siasatan itu dijangka diperoleh dalam tempoh beberapa minggu lagi kerana melibatkan tuduhan berkaitan buli dan budaya kerja yang tidak profesional.

Media Baharu