fb fb fb fb fb

Buku 'Kisah Malaysia-China' dilancar

Foto RTM

BUKIT JALIL, 6 Ogos - Melangkaui hubungan diplomatik sambutan 50 tahun Malaysia-China; sebuah buku 'Kisah Malaysia-China' dilancarkan yang mempamerkan persahabatan serta kerjasama erat terjalin sejak lima dekad lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini hubungan diplomatik antara kedua-dua negara erat sehingga melangkaui pelbagai sektor termasuk pelaburan serta perdagangan, pelancongan, budaya dan pendidikan.

"Hari ini kami bukan sahaja menyambut pelancaran buku tetapi juga memperingati perjalanan yang hebat-sebuah perjalanan yang bermula setelah lima dekad lalu.

"Pada hari ini kami berbangga meneruskan legasi dan peringkat tinggi. Memperluas kerjasama merentas spektrum bidang yang luas daripada perdagangan dan pelaburan kepada pendidikan budaya dan teknologi," kata Zahid yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Kemajuan Bandar dalam Majlis Pelancaran buku ' Kisah Malaysia- China, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Buku yang mempamerkan naratif berbeza terdiri itu daripada 30 rencana mendedahkan pelbagai aspek persahabatan antara kedua-dua negara.

TETITIA YUSOFF