fb fb fb fb fb

Buku 'Fathers and Their Wisdom' gabungan 29 pengarang tentang keluarga

Buku berjudul 'Fathers and Their Wisdom: By Sons and Daughters' kompilasi

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Isu warisan, kebijaksanaan dan nilai yang diturunkan bapa kepada anak-anak, diutarakan dalam buku berjudul 'Fathers and Their Wisdom: By Sons and Daughters'.

Menurut penyelaras projek, Datuk Halimah Mohd Said, buku itu merupakan gabungan 26 esei hasil tulisan 29 pengarang melibatkan tokoh-tokoh terkenal tanah air.

"Ditulis oleh 29 penulis, buku ini menonjolkan kisah bapa-bapa Malaysia yang bukan sahaja mendidik anak-anak mereka, tetapi turut menyumbang kepada negara.

"Setiap cerita menggambarkan warisan nilai yang diturunkan kepada keluarga mereka, memberikan pandangan unik tentang peranan bapa dalam membentuk generasi masa hadapan," katanya pada Majlis Pelancaran Buku 'Fathers and Their Wisdom' di ibu negara hari ini.

Buku itu dilancarkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau turut menyentuh isu rapuhnya hubungan kekeluargaan dalam masyarakat moden, yang mana sebahagian anak-anak jarang meluangkan masa bersama ibu bapa mereka.

“Ramai yang tidak datang melawat walaupun sebulan sekali. Apa yang terjadi kepada budaya kita?” katanya, sambil menekankan bahawa tindakan sedemikian bercanggah dengan nilai-nilai tradisi yang dipegang oleh kebanyakan orang.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman turut berkongsi nasihat arwah ayahnya dalam buku tersebut.

"Ayah selalu berkata, kalau nak buat sesuatu, jadilah yang terbaik dalam bidang kita dan itulah prinsip yang saya pegang setiap hari," katanya.

‘Fathers and Their Wisdom’ disunting oleh Datuk Halimah Mohd Said, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, Fauziah Kamaruddin dan Dr Shameem Abdul Jalil.

GRACE AISYAH KEDAYAN