fb fb fb fb fb

JBIC komited tingkat pelaburan di Malaysia

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Japan Bank for International Cooperation (JBIC) menyatakan komitmennya terhadap usaha meningkatkan pelaburan sedia ada dengan menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata JBIC juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan daripada pelbagai industri.

"Saya tekankan kepentingan memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun untuk terus meneroka lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi.

"Ini bagi memastikan kerjasama pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga ini direalisasikan demi kepentingan rakyat," katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat delegasi JBIC yang diketuai pengerusi merangkap penasihat khas kepada Kerajaan Jepun, Tadashi Maeda.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM