fb fb fb fb fb

buka sempadan beri impak positif kepada sektor pendidikan di Johor

KULAI, 24 April - Pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu, memberi impak positif kepada sektor pendidikan di Johor.

Ini kerana lagi negeri itu mempunyai banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi antarabangsa.

Exco Pendidikan, Penerangan, dan Komunikasi Negeri, Norlizah Noh berkata kerancakkan sektor pendidikan negeri tersebut turut didorong fasa peralihan ke endemik ketika ini.


(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri, Norlizah Noh / FOTO Twitter)

"Untuk membuka sempadan, jadi semua pihak dapat manfaat daripada pembukaan sempadan ini, setelah yang kita maklum. Setelah dua tahun, sebarang ekonomi, sebarang kegiatan untuk rancakkan ekonomi tidak ada".

Di Iskandar Malaysia sahaja terdapat 17 sekolah serta 15 universiti dan kolej antarabangsa.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Zakat Pelajar, Penyampaian Watikah MPP, dan penyampaian Bubur Lambuk di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) Kulai.

Pada majlis sama, Bank Islam Malaysia Berhad turut menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada KYPJ, bagi tujuan kelangsungan pembelajaran pelajar di kolej tersebut.

Media Baharu