fb fb fb fb fb

JaPen tubuh 120 Komuniti Keluarga Malaysia di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 24 April- Sebanyak 120 Komuniti Keluarga Malaysia telah ditubuhkan Jabatan Penerangan (JaPen) Pulau Pinang.

Ia bertindak sebagai platform penyampaian maklumat kerajaan yang lebih efisien dan mudah difahami.

Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang, Dr Haniff Hassan berkata Komuniti Keluarga Malaysia juga berperanan sebagai rakan strategik JaPen dalam memasarkan maklumat serta dasar kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

"Duta komuniti ni sebenarnya satu usaha kerajaan untuk memberi peranan menimbulkan rasa kesedaran, keyakinan dalam kalangan rakyat supaya apa-apa sahaja yang dibuat sewaktu pandemik ini, mematuhi SOP, membuat ujian sebelum pergi majlis-majlis, diikuti oleh warganegara Malaysia ," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Ramadan Komuniti Keluarga Malaysia di Kepala Batas .

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Terdahulu, pihak JaPen membawa anak-anak yatim dan golongan asnaf membeli baju raya sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


(Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (berbaju biru) yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menyampaikan sumbangan pada Majlis Jalinan Kasih Ramadan Komuniti Keluarga Malaysia di Kepala Batas)

Media Baharu