fb fb fb fb fb

BUDI95 kurangkan ketirisan, subsidi lebih tepat kepada rakyat

Pensyarah Kanan Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Dr. Mohd Khairi Ismail

KUALA LUMPUR, 26 September - Pelaksanaan Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) disifatkan lebih bersasar berbanding subsidi petrol pukal sebelum ini kerana hanya golongan benar-benar layak akan menerima manfaatnya.

Pensyarah Kanan Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Dr. Mohd Khairi Ismail berkata, pendekatan itu mampu memastikan agihan subsidi dibuat dengan lebih tepat sekali gus mengurangkan ketirisan.

“Kalau sebelum ini subsidi diberi secara pukal sehingga ada penerima yang tidak terlibat dalam pembayaran cukai. Dengan adanya kaedah bersasar ini, bantuan hanya sampai kepada mereka yang layak, dan jumlah perbelanjaan dapat dikenal pasti dengan lebih tepat,” katanya selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Dalam masa sama, beliau mencadangkan penambahbaikan dipertimbangkan bagi golongan pengguna pengangkutan awam yang tidak menerima manfaat BUDI95.

Bagaimanapun jelasnya, setiap sistem baharu memerlukan masa dan penambahbaikan berterusan bagi memastikan keberkesanannya.

“Jika dilaksanakan secara konsisten, BUDI95 bukan sahaja memberi kesan positif kepada pengurusan fiskal negara, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” ujarnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE