fb fb fb fb fb

MYI-UMTSEA perkukuh inisiatif pendidikan & perkhidmatan akademik

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYI dan UMT School of Educational Advancement (UMTSEA)

KUALA LUMPUR, 26 September - Syarikat khidmat rundingan, MYI menjalin kerjasama strategik bersama UMT School of Educational Advancement (UMTSEA) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan inisiatif pendidikan dan perkhidmatan akademik yang lebih luas, termasuk khidmat perundingan, pengambilan pelajar serta memperkukuh jaringan dengan universiti dan rakan industri.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Holdings, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir; Pengerusi Eksekutif MYI Sdn. Bhd.  Amin Shukor dan Ketua Pegawai Eksekutif UMTSEA, Erwina A. Ghafar.

Ketua Pegawai Eksekutif MYI, Ts. Dr. Khairun Nisa Mustaffa Halabi, menyifatkan kerjasama tersebut sebagai satu lembaran baharu dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan dan latihan.

“Kerjasama ini bukan sahaja membuka peluang baharu kepada pelajar, malah memperkukuh jaringan akademik serta industri untuk manfaat bersama. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada Pengerusi MYI, Amin Mohd Shukor, serta kepercayaan daripada pihak UMTSEA dalam menjayakan visi ini,” katanya.

Beliau menegaskan, MYI komited menjadi rakan pendidikan yang dipercayai dengan menyediakan perkhidmatan akademik inovatif, selain menyokong usaha melahirkan modal insan berdaya saing bagi menghadapi cabaran ekonomi serantau dan global.

Kerjasama tersebut diyakini membawa manfaat kepada pelajar, pendidik dan masyarakat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem pendidikan yang inklusif, inovatif dan mampan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE