fb fb fb fb fb

BUDI95: Hanya pemilik lesen sah layak tebus subsidi – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan beramah mesra dengan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mengisi minyak menggunakan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95)/Foto Bernama

LABUAN, 28 September – Penggunaan kad pengenalan untuk penebusan subsidi yang diberikan kerajaan merupakan langkah penting bagi memastikan keistimewaan itu hanya dinikmati warganegara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penerima yang layak perlu mengemas kini maklumat serta mempunyai lesen memandu sah bagi menggunakan kemudahan BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

2809 LBN AMIR HAMZAH BUDI95 2Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/Foto Bernama

“Dalam seminggu dua ini, kita nampak ada peningkatan pendaftaran lesen. Ada yang sebelum ini lesen sudah tamat tempoh, kini diperbaharui semula.

“Kalau nak menggunakan minyak yang kerajaan subsidi, syaratnya mesti ada lesen sah. Kalau tidak, berada di jalan raya pun tidak sah dan kerajaan tidak mahu menggalakkan perkara itu. Jadi sahkanlah lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Stesen Petronas Pohon Batu, di sini berhubung penggunaan RON95 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak, bermula hari ini.

Katanya, seramai 90,000 anggota polis dan tentera telah membuat pembelian daripada kira-kira 300,000 penerima yang layak, manakala untuk hari ini sahaja, lebih 200,000 penerima STR telah menebus serta mengisi minyak di seluruh negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN